Menyediakan kediaman pada saat genting

Kami bekerjasama dengan komuniti kami untuk menawarkan penginapan dalam keadaan kecemasan, daripada bencana alam hingga COVID-19.

75,000 orang telah menemui tempat penginapan pada masa genting sejak tahun 2012.

Di seluruh dunia, hos Airbnb menawarkan sokongan pada masa ia paling diperlukan. Temui orang ramai yang membolehkan ini terjadi.

Kami membantu organisasi bukan untung lain untuk memberikan kesan yang berpanjangan.

Temui beberapa rakan kongsi yang telah membantu membentuk Airbnb.org.

International Medical Corps

IMC menyediakan perkhidmatan perubatan kecemasan dan perkhidmatan yang berkaitan kepada mereka yang terjejas akibat bencana di seluruh dunia, dan menyediakan untuk golongan yang terjejas latihan yang mereka perlukan untuk beralih daripada menerima bantuan kepada kehidupan yang berdikari.

International Rescue Committee

IRC memberi bantuan dalam krisis kemanusiaan terburuk dunia, dan membantu orang yang kehidupan dan punca pendapatan mereka terjejas akibat konflik dan bencana untuk terus hidup, pulih, dan dapat menentukan semula masa depan mereka.

HIAS

HIAS adalah organisasi bukan untung Yahudi global yang memberikan perlindungan dan bantuan kepada pelarian, pencari suaka, dan penduduk lain yang kehilangan tempat tinggal secara paksa dari seluruh dunia.

Build Change

Build Change adalah organisasi pencegahan dan pemulihan bencana yang merancang penyelesaian penginapan yang berdaya tahan dengan komuniti tempatan.

Community Organized Relief Effort

CORE menerajui usaha kesiapsiagaan, tindak bantuan dan pemulihan bencana untuk komuniti yang terjejas atau terdedah kepada krisis.

Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah

IFRC adalah rangkaian kemanusiaan terbesar di dunia, yang terdiri daripada 192 Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Kebangsaan yang bekerja untuk menyelamatkan nyawa dan membangunkan martabat di seluruh dunia.
Logo Airbnb.org
Logo Mercy Corps

Bersama-sama, kita boleh membina semula.

Pada bulan Ogos 2018, beberapa gempa bumi yang berturutan menggegarkan pulau Lombok, Indonesia. Pekerja bantuan Mercy Corps dikerahkan untuk melakukan kerja-kerja pemulihan di kawasan itu, dan menemui komuniti dan tempat penginapan yang selesa.