Menyediakan kediaman pada saat genting
Kami bekerjasama dengan komuniti kami untuk menawarkan penginapan dalam keadaan kecemasan, daripada bencana alam hingga COVID-19.
100,000 orang telah menemui tempat penginapan pada masa genting sejak tahun 2012.
Bagaimana Carmen dan komunitinya bersatu selepas Taufan Maria.
Kami memberi cara kepada masyarakat untuk bersatu apabila bencana melanda. Melalui program Airbnb.org, orang ramai boleh menawarkan kediaman mereka secara percuma kepada jiran yang perlu dipindahkan.
Pelarian dan pencari suaka menghadapi banyak cabaran apabila mereka berpindah ke negara baharu. Mempunyai tempat penginapan sementara percuma dapat membantu mereka berasa tenang apabila mereka memulakan kehidupan baharu mereka.
Ketahui cara kami bekerjasama dengan rakan kongsi seperti CORE untuk menyokong akses vaksin yang saksama.
Komuniti boleh mengambil masa bertahun-tahun untuk pulih sepenuhnya dari bencana besar. Airbnb.org membantu membiayai penginapan bagi pekerja bantuan yang melakukan kerja kritikal untuk membina semula komuniti.
Mencipta dunia yang berpaksikan kekitaan: komitmen Airbnb.org
Hari ini, berdasarkan pembelajaran dan pengalaman selama 8 tahun, kami mengumumkan beberapa komitmen kepada kepelbagaian, ekuiti, dan penerimaan.
Kami membantu organisasi bukan untung lain untuk memberikan kesan yang berpanjangan.
