Berikan tempat penginapan kepada orang yang menghadapi krisis.

Jadi hos penginapan.

Dalam keadaan kecemasan, anda boleh tampil membantu komuniti anda dengan menawarkan tempat penginapan kepada orang yang menghadapi krisis, termasuk pelarian Afghanistan.
Mula menjadi hos
Siapa yang akan anda bantu
Ruang anda boleh memberikan keselesaan kepada keluarga yang berpindah kerana kebakaran hutan, pelarian yang membuat perjalanan menyelamatkan nyawa, atau pekerja bantuan yang dikerahkan apabila berlaku taufan.
  • “Kami tahu pekerja perkhidmatan perlu mengambil risiko di tempat kerja mereka. Kami terfikir, bagaimana kami boleh membantu dalam skala yang lebih besar?”

    Erika, Hos Airbnb.org untuk pekerja barisan hadapan

Perjalanan penginapan

Cara untuk mula menjadi hos

Sedia untuk mendaftar? Kami akan membimbing anda cara untuk mencipta penyenaraian anda dan kongsikannya dengan tetamu. Sebagai permulaan, anda hanya memerlukan ruang yang selesa dan ketersediaan beberapa malam.

Tetamu disaring dan diluluskan

Kami menyaring setiap tetamu untuk mengesahkan bahawa mereka layak menempah penginapan melalui program kami, dan memenuhi senarai semak pengesahan standard Airbnb. Anda akan dapat bertanya soalan dan bersembang dengan mana-mana bakal tetamu sepanjang proses tempahan.

Kami sedia membantu anda

Anda akan mendapat akses kepada sokongan 24/7 untuk setiap langkah penginapan. Anda juga dilindungi oleh Jaminan Hos, yang menyediakan perlindungan kerosakan harta benda sebanyak USD1,000,000.

Menderma untuk penginapan.

Berjuta-juta orang di seluruh dunia kehilangan tempat tinggal akibat konflik dan bencana. Sumbangan membantu menampung kos penginapan sementara.
Beri sumbangan sekarang
100% daripada derma anda menyokong golongan yang menghadapi krisis.
Kami mengetepikan semua yuran perkhidmatan, jadi setiap dolar yang anda dermakan disalurkan untuk membantu orang mencari tempat penginapan pada saat mereka paling memerlukannya. Sumbangan anda boleh membantu keluarga pelarian mencari tempat penginapan apabila mereka pertama kali tiba, atau pekerja bantuan berehat selepas seharian bekerja keras.
  • “Saya datang ke negara ini sebagai pelarian dan saya akan cuba sedaya upaya untuk membalas apa yang telah diberikan kepada saya.”

    Aime, seorang penderma di Davie, Florida, AS

    “Saya telah terlibat dalam pembangunan, khidmat dan bantuan komuniti selama tiga puluh lima tahun. Saya percaya dalam membantu orang lain secara zahir, mampan dan membina.”

    Michael, seorang penderma di Philadelphia, Pennsylvania, AS

Bagaimana derma anda memberi kesan yang lebih besar

Airbnb menderma juga

Kami ada pasukan bukan untung dan pakar teknologi yang berusaha keras untuk meningkatkan impak kami. Airbnb menampung semua kos operasi untuk menjadikannya realiti, dan mereka menyumbang 400,000 saham untuk membantu membiayai kerja-kerja ini.

Semua yuran pemprosesan diketepikan

Kami tidak pernah mengambil komisen. Jadi setiap dolar yang anda dermakan disalurkan untuk membantu orang mencari tempat penginapan pada saat mereka paling memerlukannya.

Derma boleh ditolak cukai

Derma anda boleh ditolak cukai setakat yang dibenarkan di bawah undang-undang Amerika Syarikat. Anda akan menerima resit cukai untuk membantu anda memantau potongan anda.

Soalan anda telah dijawab.

Temui hos dan tetamu kami.

Mari berhubung.