Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris 2024
Raikan Pasukan Olimpik dan Paralimpik Pelarian
Pasukan Olimpik dan Paralimpik Pelarian Paris 2024 terdiri daripada 46 atlet yang mewakili lebih 120 juta orang yang kehilangan tempat tinggal di seluruh dunia. Yayasan Perlindungan Olimpik dan Airbnb.org telah bekerjasama untuk meraikan pasukan ini dan meningkatkan kesedaran mengenai peningkatan bilangan individu yang terpaksa meninggalkan kediaman mereka.

Sokong pelarian di seluruh dunia
Yayasan Perlindungan Olimpik dan Airbnb.org berkongsi komitmen untuk memberikan sokongan kepada golongan yang kehilangan tempat tinggal. ORF telah memberikan akses kepada sukan yang selamat untuk lebih 400,000 belia yang kehilangan tempat tinggal. Airbnb.org telah menyediakan penginapan sementara secara percuma untuk lebih 210,000 pelarian dan pencari suaka.
Kami percaya bahawa setiap orang berhak mendapat tempat untuk rasa diterima. Sertai kami untuk menyokong golongan yang kehilangan tempat tinggal di Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris 2024 serta di seluruh dunia.Impak kami
Sejak 2020, Airbnb.org telah memanfaatkan kelebihan perkongsian ruang, sumber dan sokongan semasa krisis.
220,000+
Tetamu ditempatkan
1.4 juta
Malam penginapan kecemasan percuma
134
Negara dengan hos Airbnb.org