Penginapan kecemasan percuma untuk jiran yang memerlukan.
Airbnb.org ialah organisasi bukan untung yang menyediakan penginapan jangka pendek percuma kepada orang ramai semasa bencana atau krisis lain berlaku. Ia bukan sekadar tempat berlindung, ia tempat untuk membantu seluruh keluarga memulihkan keadaan.
Derma sekarang
Mencipta semula penginapan kecemasan jangka pendek.
Kami percaya penginapan kecemasan percuma di rumah boleh membantu golongan yang terjejas kembali pulih. Airbnb.org disokong oleh Airbnb, jadi 100% derma akan disalurkan untuk membiayai penginapan kecemasan.
Berjaya di peringkat global.
Bersama hos dan penderma, kami memberi impak.
1.6 juta
malam percuma
250 ribu
orang yang ditempatkan
135
negara yang disokong
Derma hanya membiayai penginapan. Tiada apa-apa lagi.
Model kami unik. Kos operasi ditanggung oleh Airbnb, jadi semua derma awam digunakan untuk membiayai penginapan kecemasan percuma.

Libatkan diri
Ada dua cara utama untuk menderma bagi membantu Airbnb.org menyediakan penginapan kecemasan percuma.

Memberi derma
Berikan derma sekali sahaja atau sumbangan bulanan yang boleh digunakan oleh Airbnb.org untuk membiayai penginapan kecemasan.

Menjadi hos penginapan
Jika anda hos Airbnb, anda boleh memilih untuk menawarkan Airbnb anda pada kadar diskaun kepada mereka yang terjejas akibat bencana atau krisis lain.
Setiap penginapan ada kisahnya
Temui mereka yang terjejas akibat bencana dan mereka yang menawarkan bantuan.
1 daripada 1 halaman



