Penginapan kecemasan percuma untuk jiran yang memerlukan.

Airbnb.org ialah organisasi bukan untung yang menyediakan penginapan jangka pendek percuma kepada orang ramai semasa bencana atau krisis lain berlaku. Ia bukan sekadar tempat berlindung, ia tempat untuk membantu seluruh keluarga memulihkan keadaan.
Derma sekarang

Mencipta semula penginapan kecemasan jangka pendek.

Kami percaya penginapan kecemasan percuma di rumah boleh membantu golongan yang terjejas kembali pulih. Airbnb.org disokong oleh Airbnb, jadi 100% derma akan disalurkan untuk membiayai penginapan kecemasan.

Berjaya di peringkat global.

Bersama hos dan penderma, kami memberi impak.
1.6 juta

malam percuma

250 ribu

orang yang ditempatkan

135

negara yang disokong

Derma hanya membiayai penginapan. Tiada apa-apa lagi.

Model kami unik. Kos operasi ditanggung oleh Airbnb, jadi semua derma awam digunakan untuk membiayai penginapan kecemasan percuma.
Keluarga berdiri di luar penginapan airbnb.org mereka

Libatkan diri

Ada dua cara utama untuk menderma bagi membantu Airbnb.org menyediakan penginapan kecemasan percuma.
Seorang wanita mengemas katil di bilik tidur yang bersih dan diterangi cahaya matahari dengan katil empat tiang dan peti kayu di hujungnya.

Memberi derma

Berikan derma sekali sahaja atau sumbangan bulanan yang boleh digunakan oleh Airbnb.org untuk membiayai penginapan kecemasan.
Seorang lelaki berbaju sejuk warna jingga dan seorang wanita berbaju kelabu berdiri di pintu masuk rumah sambil tersenyum dan bersandar antara satu sama lain.

Menjadi hos penginapan

Jika anda hos Airbnb, anda boleh memilih untuk menawarkan Airbnb anda pada kadar diskaun kepada mereka yang terjejas akibat bencana atau krisis lain.

Setiap penginapan ada kisahnya

Temui mereka yang terjejas akibat bencana dan mereka yang menawarkan bantuan.