Penginapan perubatan di Sepanyol

Tempat berlindung yang selamat untuk Marcos

Seorang wanita dan anak lelakinya duduk bersebelahan di atas anak tangga yang menuju ke penginapan Airbnb mereka sambil tersenyum pada kamera.

“Di sini anda ada tempat berlindung yang selamat, penginapan yang memberikan ketenangan bersama keluarga anda dan boleh menikmati saat-saat ketika tidak berada di hospital.”

- Marcos, tetamu Airbnb.org

Ketika Marcos baru berusia 14 tahun, doktor di Sepanyol menemui tumor berukuran 9 sentimeter—lebih kurang sebesar limau gedang yang besar—di pelvisnya. Selepas didiagnosis menghidap sarkoma Ewing, kanser tulang yang paling kerap berlaku pada kanak-kanak yang berusia antara 10 hingga 20 tahun, seluruh dunia Marcos berubah. Marcos dan ibunya, Maria,  menghabiskan sebahagian besar masa mereka sepanjang tiga tahun berikutnya dengan perjalanan ke Madrid supaya Marcos boleh menerima rawatan dan penjagaan perubatan yang sesuai. Kehidupannya menjadi putaran yang bersilih ganti antara doktor, kemoterapi, rawatan radiologi dan ujian perubatan yang tidak terkira banyaknya. Mereka tinggal di tempat yang berjarak tiga jam perjalanan dengan suami dan anak perempuan Maria di Burgos, terlalu jauh untuk seorang budak lelaki yang menghidap kanser agresif yang jarang berlaku. “Sarkoma Ewing ialah penyakit yang memerlukan kanak-kanak dimasukkan ke hospital walaupun hanya mengalami demam ringan kerana ia penyakit yang sangat berbahaya dan boleh membawa maut,” kata Maria. Pada tahun pertama rawatan, Marcos dan Maria hanya dibenarkan pulang ke rumah sekali semasa hari lahir suaminya pada bulan Mei.

Seorang wanita sedang memuatkan mesin basuh pinggan mangkuk di dapur sementara anak lelakinya duduk di atas sofa di ruang tamu.

Menemui komuniti di MadridWaktu mula-mula mendapatkan rawatan di Madrid, apabila mereka tidak berada di hospital, Marcos dan Maria menjalin hubungan dengan keluarga dan kanak-kanak lain yang menjalani rawatan melalui Ronald McDonald House. “Ia bagus kerana anda bersama orang yang benar-benar memahami anda,” kata Maria. “Kerana anda bersama keluarga yang sedang melalui perkara yang sama seperti anda, walaupun ia kanser yang berbeza.” Walaupun semangat komuniti itu penting untuk ibu dan anak ini, namun mereka perlu mencari penginapan lain demi kesihatan mental Marcos. Mereka mula menempah penginapan melalui Airbnb.  Pada mulanya, Maria membayarnya dengan menggunakan wangnya sendiri dan ia membebankan kewangannya yang terhad—sehinggalah Aladina Fundación menghubungkannya dengan Airbnb.org.

Seorang wanita duduk di atas sofa dengan anak lelakinya sedang berbaring di atas pangkuannya.

Keselesaan penginapan sebagai ubat yang berbezaAirbnb.org bekerjasama dengan organisasi seperti Aladina Fundación di Sepanyol untuk menyediakan penginapan jangka pendek percuma kepada keluarga dan individu yang mengembara untuk mendapatkan rawatan perubatan jauh dari rumah. “Anak saya memberi kekuatan kepada saya,” kata Maria tentang anaknya. “Selepas begitu banyak kali penyakitnya kambuh dan bertahun-tahun berjuang, anak saya telah menjadi contoh kepada saya.”Penginapan seperti ini dapat disediakan dengan sokongan daripada penderma Airbnb.org yang memberikan bantuan kepada ibu bapa seperti Maria serta suasana normal dan keselesaan kepada pesakit seperti Marcos.

Seorang wanita dan anak lelakinya duduk di atas sofa sambil ketawa dan tersenyum.

“Mempunyai tempat penginapan iaitu tempat di mana anda rasa seperti berada di rumah sendiri, boleh berehat dan sangat dekat dengan hospital. Anda tidak boleh meletakkan harga untuknya.”

- Maria, tetamu Airbnb.org

Yang paling penting, Marcos menghargai kedamaian dan ketenangan yang dinikmatinya di penginapan melalui Airbnb.org.Menurutnya, penginapan melalui Airbnb.org ialah “yang paling hampir seperti berada di rumah sendiri.”

Libatkan diri

Sertai komuniti global yang menyediakan penginapan kecemasan sewaktu krisis.

Ketahui lebih lanjut

Setiap penginapan mempunyai kisahnya

Temui orang yang terjejas akibat bencana dan orang yang menghulurkan bantuan.