Bantuan bermula di penginapan
Penginapan kecemasan percuma melalui Airbnb.org memberikan lebih daripada sekadar tempat berlindung semasa bencana atau krisis, ia adalah tempat di mana orang yang terjejas boleh kembali berasa selesa. Apabila anda menderma, 100% daripada derma akan disalurkan untuk membiayai penginapan kecemasan.
Berikan derma

Penginapan kecemasan percuma
Airbnb.org ialah organisasi bukan untung yang menyediakan penginapan kecemasan percuma untuk mereka yang terjejas akibat bencana dan krisis lain. Golongan yang memerlukan boleh memilih penginapan yang berdekatan dengan mereka di Airbnb. Airbnb menawarkan lebih 8 juta penyenaraian di seluruh dunia.

100% daripada derma membiayai penginapan kecemasan
Oleh kerana Airbnb menanggung perbelanjaan harian Airbnb.org, semua derma membiayai penginapan kecemasan. Ini bermakna golongan yang memerlukan boleh menempah penginapan Airbnb yang sesuai dengan keperluan mereka secara percuma.







