Menghubungkan orang ramai dengan penginapan pada saat krisis
Di seluruh Asia Tenggara, Airbnb.org bekerjasama dengan organisasi tempatan untuk membantu mereka yang memerlukan akses kepada penginapan sementara percuma

Ketika berlakunya krisis, Airbnb.org bekerjasama dengan kerajaan dan rakan kongsi bukan untung di seluruh rantau ini untuk membantu menyediakan penginapan sementara percuma kepada mangsa bencana, petugas barisan hadapan, serta pesakit yang menjalankan rawatan intensif dan ahli-ahli keluarga mereka.
Kebakaran saluran paip gas Putra Heights April 2025
Selepas kebakaran saluran paip gas yang dahsyat di Putra Heights pada tahun 2025—yang menyebabkan lebih daripada 500 orang kehilangan tempat tinggal, 150 orang cedera dan 81 buah kediaman ranap—Airbnb.org menyediakan sokongan penginapan kecemasan untuk membantu mangsa yang terkesan.Airbnb bekerja rapat dengan kerajaan negeri Selangor untuk menyediakan penginapan sementara percuma selama hampir 2,700 malam kepada keluarga yang terpaksa meninggalkan kediaman mereka. Inisiatif ini memindahkan penduduk yang kehilangan tempat tinggal ke penginapan yang selesa dan stabil. Ia membantu mengurangkan tekanan terhadap prasarana awam sambil menyokong usaha pemulihan.

"Sebagai hos, saya berasa bertanggungjawab untuk membimbing komuniti mengharungi proses ini."
Amirul, hos Airbnb yang kehilangan rumahnya dalam kebakaran saluran paip gas di Putra Heights. Beliau juga membantu jiran-jirannya mencari penginapan percuma melalui Airbnb.org.

“Mudah untuk kami berasa seperti rumah di kediaman ini. Bagi kami, rumah ialah tempat yang selamat, selesa, dan membolehkan keluarga kami bersama.”
Izzati, tetamu Airbnb.org
Tentang Airbnb.org
Airbnb.org ialah sebuah organisasi bukan untung yang menyediakan penginapan kecemasan secara percuma kepada mangsa bencana alam dan krisis kemanusiaan yang lain. Sejak tahun 2020, Airbnb.org telah menyediakan lebih daripada 1.6 juta malam penginapan kecemasan percuma di seluruh dunia.
8
misi tindak balas di Asia Tenggara dan Selatan.
pengaktifan dan tindak balas di Asia Tenggara dan Selatan
misi tindak balas di Asia Tenggara dan Selatan.
8,000
malam penginapan sementara yang disediakan di seluruh rantau
7
organisasi rakan kongsi tempatan untuk tindak balas kecemasan
organisasi rakan kongsi tempatan untuk tindak balas kecemasan
100% daripada derma membiayai penginapan
Airbnb menanggung semua kos operasi Airbnb.org. Oleh itu, 100% daripada setiap derma disalurkan sepenuhnya bagi membiayai penginapan kecemasan.
Airbnb menanggung semua kos operasi Airbnb.org. Oleh itu, 100% daripada setiap derma disalurkan sepenuhnya bagi membiayai penginapan kecemasan.

Mengaktifkan komuniti
Airbnb.org bekerjasama dengan organisasi rakan kongsi tempatan dan hos untuk membantu menyokong komuniti. Penginapan kecemasan percuma melengkapkan rangkaian tindak balas sedia ada dengan cepat.

Tindak balas terhadap gempa bumi di Bangkok
Susulan gempa bumi Mac 2025, Airbnb.org menawarkan penginapan sementara percuma untuk mereka yang kehilangan tempat tinggal di Bangkok. Dengan kerjasama Pentadbiran Metropolitan Bangkok dan Yayasan Zendai, Airbnb.org menyokong mangsa, petugas barisan hadapan, dan sukarelawan teknikal yang terlibat dalam pemeriksaan keselamatan.Secara keseluruhan, Airbnb.org menyediakan hampir 4,500 malam penginapan sementara percuma kepada penduduk Thailand yang kehilangan tempat tinggal atau terjejas akibat gempa bumi, termasuk petugas barisan hadapan dan sukarelawan yang terlibat dalam usaha bantuan.

“Ada kalanya apabila bencana berlaku, perkara terbaik yang boleh kita lakukan ialah menderma wang. Peluang sebegini merupakan salah satu cara untuk membantu secara langsung.”
Tatiya, hos Airbnb yang menerima mangsa gempa bumi.

“Kami mahu tetamu berasa selamat, disokong, dan dapat kembali hidup seperti biasa selepas mengalami kesukaran.”
Pariya, hos Airbnb yang menerima mangsa gempa bumi.

Penginapan sementara percuma untuk pesakit dan penjaga
Penginapan sementara percuma untuk pesakit dan penjaga
Di Thailand, ramai pesakit dan keluarga mereka, terutamanya dari kawasan luar bandar perlu berjalan jauh untuk mendapatkan rawatan di hospital berkualiti yang kebanyakannya tertumpu di Bangkok dan bandar utama lain. Perjalanan ini memberi bebanan kewangan dan logistik yang besar kepada pesakit serta penjaga mereka.Atas sebab itu, Airbnb.org melalui kerjasama dengan rakan kongsi tempatan menyediakan penginapan percuma kepada kanak-kanak yang menjalani rawatan perubatan dan penjaga mereka bagi memastikan mereka mempunyai tempat tinggal yang selesa untuk berehat dan pulih pada saat mereka amat memerlukannya.
Gempa bumi dan taufan Filipina 2025
Pada 30 September 2025, sebelum jam 10:00 malam, gempa bumi berukuran magnitud 6.9 melanda kawasan utara Cebu. Bencana tersebut mengorbankan 79 nyawa, menjejaskan lebih 128,000 keluarga, merosakkan lebih 18,000 rumah, dan memusnahkan sekurang-kurangnya 3,500 rumah. Airbnb.org bekerjasama dengan Angat Buhay untuk menyediakan penginapan kecemasan secara percuma kepada anggota pasukan tindak balas yang terlibat dalam usaha bantuan merentasi empat misi tindak balas: gempa bumi Cebu, gempa bumi Davao, Taufan Kalmaegi dan Taufan Fung-wong.

“Sebelum ini, dalam operasi bantuan kami, kami terpaksa tidur di atas lantai selama tujuh hari berturut-turut. Namun, penyediaan penginapan Airbnb membolehkan saya tidur dan berehat dengan selesa amat membantu. Ia memberi kami tenaga untuk terus berkhidmat dengan lebih baik kepada komuniti yang memerlukan.”
Millie F., tetamu Airbnb.org dan ahli pasukan Angat Buhay

“Airbnb.org membuka mata kami bahawa kami mempunyai sumber yang boleh ditawarkan untuk membantu mereka yang memerlukan pada saat-saat genting.”
Mia, hos Airbnb yang menjadi hos untuk ahli pasukan dari Angat Buhay
Hubungi kami di partnerships@airbnb.org





